Malaysia Oversight

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition Dilancarkan

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
Razer Boomslang 20th Anniversary Edition Dilancarkan


Razer Boomslang 20th Anniversary Edition Dilancarkan

December 10, 2025
Perkakasan
Razer

Effi Saharudin

Dua dekad lalu Razer Boomslang dilancarkan sebagai tetikus gaming pertama dunia. Ia hadir dengan kejituan lazer sehingga 2000 DPI serta rekaan yang lebih agresif berbanding tetikus lain di pasaran. Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Razer Boomslang 20th Anniversary Edition telah diumumkan hari ini dengan hanya 1337 unit ditawarkan kepada peminat tegar Razer.

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition B

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition hadir dengan sensor baharu dengan kejituan mencecah 45,000 DPI serta ketepatan resolusi 99.8%, suis yang bertahan sehingga 100 juta klik, sokongan nirwayar dengan Mouse Dock Pro dan lampu Razor Chrome dengan 9 zon kesemuanya.

Kesemua 1337 unit yang ditawarkan ini akan dijual di satu tarikh yang belum diumumkan dengan harga turut belum diumumkan. Tetapi bagi pengguna Boomslang sedia ada, mereka boleh berkongsi pengalaman menggunakan tetikus ini dengan Razer untuk menerima hadiah percuma sebagai ganjaran.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link