OpenAI, Anthropic, dan Block Menubuhkan AAIF Untuk Menyeragamkan Piawaian Ejen AI
Effi Saharudin
OpenAI, Anthropic, dan Block telah bekerjasama menubuhkan Yayasan AI Ejentik (Agentic AI Foundation) atau AAIF bagi menyeragamkan piawaian ejen AI. Ini adalah bagi membolehkan kesemua ejen AI di masa hadapan bekerjasama antara satu lain menggunakan protokol standard. AAIF kini diletakkan di bawah Linux Foundation.

Sebagai langkah pertama, Anthropic menyumbangkan Model Context Protocol (MCP), Block pula menyumbangkan goose, dan OpenAI pula menyumbangkan AGENTS.md kepada AAIF. Dengan ejen AI akan semakin berinteraksi antara satu sama lain satu piawaian standard perlu dibangunkan seperti bagaimana Linux digunakan dalam ekosistem perisian.
Walaupun baru sahaja ditubuhkan, AAIF sudahpun mempunyai senarai ahli yang besar. Ahli platinum misalnya terdiri daripada Amazon Web Services, Anthropic, Block, Bloomberg, Cloudflare, Google, Microsoft dan OpenAI.






