Malaysia Oversight

Google Berpotensi Menjana Ratusan Bilion Melalui Penawaran Cip Untuk Pihak Ketiga

By Amanz in December 8, 2025 – Reading time 1 minute
Google Berpotensi Menjana Ratusan Bilion Melalui Penawaran Cip Untuk Pihak Ketiga



Google Logo

Google Berpotensi Menjana Ratusan Bilion Melalui Penawaran Cip Untuk Pihak Ketiga

December 8, 2025
Google

Aman

Google sedia membangunkan cip TPU tersendiri yang membolehkan ia digunakan untuk menguasakan pelayan dan pusat data, termasuk untuk penggunaan melibatkan kecerdasan buatan. Malah, baru-baru ini hadir desas-desus mengatakan Meta mungkin menggunakan penawaran Google, sebagai alternatif kepada NVIDIA.

Langkah ini sekaligus membawa kepada para penganalisa, menyasarkan Google atau syarikat induknya, Alphabet, boleh menjana sehingga $900 bilion melalui penawaran semikonduktor kepada pihak ketiga, terutamanya memfokuskan kecerdasan buatan- sekaligus mencuri sebahagian daripada pendapatan yang kini didominasi pihak NVIDIA.

Ia turut disasarkan, tidak mustahil perniagaan berkenaan terus berkembang, dan berupaya menjana pendapatan lebih tinggi berbanding Google Cloud sedia ada.

Buat masa ini, Google sedia mengumumkan akan membekalkan cip kepada Anthropic, dalam menguasakan penawaran mereka. Dengan cip NVIDIA yang lebih mahal, dan sukar didapati, ia dilihat Google mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pegangan pasaran dalam arena ini sekiranya mereka mula menawarkan cip mereka kepada pihak luar.

Pada masa yang sama, ia turut ditekankan yang mana Google merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai kelebihan dalam arena kecerdasan buatan pada setiap tahap dan lapisan – daripada Gemini, Google Cloud, TPU, mahupun dari segi akses kepada data.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link