Malaysia Oversight

Dewan Rakyat Meluluskan Pindaan Akta Imigresen Dan Akta Pasport Untuk Mengimplimentasi Sistem APSS

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Dewan Rakyat Meluluskan Pindaan Akta Imigresen Dan Akta Pasport Untuk Mengimplimentasi Sistem APSS


Dewan Rakyat Meluluskan Pindaan Akta Imigresen Dan Akta Pasport Untuk Mengimplimentasi Sistem APSS

December 5, 2025
Lain-lain

Nazrin

Baru-baru ini, pindaan kepada Akta Imigresen dan Akta Pasport telah berjaya dipinda di Dewan Rakyat untuk membolehkan memperkenalkan sistem Advanced Passenger Screening System (APSS) yang membolehkan pihak untuk menyemak identiti para pelawat dari luar negara yang datang ke Malaysia 72 jam sebelum mereka mendarat di negara ini.

Sistem APSS bukanlah sebuah sistem yang baru. Ia telah dimanfaatkan oleh banyak negara di seluruh negara seperti Singapura, Jepun dan untuk mempercepatkan proses melalui semakan di kaunter imigresen dengan telus dan selamat. Sistem ini juga boleh membantu pihak imigresen untuk menahan dan menyoal individu-individu dengan lebih cekap sekiranya perlu.

Imigresen KLIA lapangan terbang

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengatakan bahawa penggunaan sistem APSS ini akan membantu dalam pembanterasan isu penyelewengan kuasa di kalangan pegawai Jabatan Imigresen dan mengurangkan keperluan interaksi diantara pelawat dan pegawai.

Dalam pada itu, data pelawat yang terkandung dalam pengkalan data Jabatan Imigresen akan termaktub dibawah undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan tidak akan diedarkan dan digunakan oeh jabatan-jabatan lain selain dari Jabatan Imigresen tanpa kebenaran.

The Edge Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link