Malaysia Oversight

Spotify Wrapped 2025 – Siti Nurhaliza Kekal Ratu Muzik Paling Popular Di Malaysia

By Amanz in December 4, 2025 – Reading time 1 minute
Spotify Wrapped 2025 – Siti Nurhaliza Kekal Ratu Muzik Paling Popular Di Malaysia


Spotify Wrapped 2025 – Siti Nurhaliza Kekal Ratu Muzik Paling Popular Di Malaysia

December 4, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal sebagai ratu carta paling popular di Malaysia dengan penstriman tertinggi bagi artis tempatan di Spotify 2025. Beliau mencatat sebanyak 109 juta penstriman, didengari oleh 10.5 juta pendengar di 177 negara. Menerusi Instagram, Siti turut meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada pasukan yang bertungkus lumus dan peminat yang sentiasa menyokong.

Spotify Wrapped 2025 A 1

Dalam kategori artis tempatan, Insomniacks berada di tempat kedua diikuti HyperAct, Naim Daniel, Ella, Ara Johari dan Noh Salleh. Sementara itu, artis paling banyak distrim di Malaysia sekali lagi ialah Taylor Swift yang mengatasi The Weeknd, Ariana Grande dan Bruno Mars. Selain itu, lagu tempatan paling kerap didengari tahun ini ialah Rahsia Tuhan oleh Noh Salleh. Spotify Wrapped 2025 kini boleh diakses oleh semua pengguna.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link