Malaysia Oversight

Dikemaskini – SKMM Meminta Syarikat Telekomunikasi Menyerahkan Rekod Panggilan Telefon dan Internet Pengguna

By Amanz in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Dikemaskini – SKMM Meminta Syarikat Telekomunikasi Menyerahkan Rekod Panggilan Telefon dan Internet Pengguna


Sekuriti
/
Telekomunikasi

Dikemaskini – SKMM Meminta Syarikat Telekomunikasi Menyerahkan Rekod Panggilan Telefon dan Internet Pengguna

June 6, 2025

Effi Saharudin

Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dilaporkan meminta rekod terperinci panggilan telefopn dan penggunaan internet di Malaysia daripada syarikat telekomunikasi menurut laporan South China Morning Post. Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan adalah kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman denda RM 20,000 atau penjara selama 6 bulan,. enam bulan.

Syarikat telekomunikasi menerima surat arahan pada bulan April meminta data panggilan telefon dan penggunaan internet untuk tiga bulan pertama 2025 diserahkan kepada bagi Projek Data Telefon Mudah Alih menurut sumber SCMP. Antara data yang diminta ialah rekod panggilan telefon, rekod panggilan IP call records, lokasi, latitud dan longitud ia dilakukan.

Privasi Data Telko Intipan

Ini menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data dan privasi pengguna sekiranya rekod diserahkan. Pada tahun 2017, 46.2 juta maklumat pelanggan perkhidmatan telefon mudah alih Malaysia tertiris yang kemudiannya dijual di web gelap. Data melibatkan pelanggan Celcom, Maxis, Digi, Altel, Enabling Asia, FriendiMobile, MerchantTradeAsia, PLDT, RedTone, TuneTalk, UMobile dan XOX antara 2012 dan 2015 menurut laporan MyCert. Sehingga ke hari ini sumber dan dalang di sebalik ketirisan data terbesar dalam sejarah Malaysia ini masih menjadi misteri.

DIKEMASKINI SKMM mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan mengapa data telefon bimbit (MPD) diminta daripada Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) tempatan. Menurut mereka data dikumpul bagi menghasilkan statistik rasmi untuk menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti dalam dua domain utama.

Pertama ialah sektor ICT untuk menghasilkan statistik terperinci seperti bilangan langganan jalur lebar mudah alih yang aktif dan kadar penembusan di peringkat negeri, daerah, mukim, kawasan parlimen, DUN dan pihak berkuasa tempatan. Kedua ialah sektor pelancongan untuk menjana penunjuk seperti bilangan pelawat, dan perjalanan pelancongan domestik.

SKMM turut berkata data MPD yang diminta adalah awanama dan tidak mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) pengguna.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link