Samsung Mengacah Kehadiran Cip Exynos 2600 Melalui Video Promosi Rasmi
Amy Maizuraa
Samsung telah menerbitkan video promosi rasmi baharu yang memberi bayangan tentang pelancaran cip terbaharu Exynos 2600 dalam masa terdekat. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi teknikal dan tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Namun begitu, Samsung seakan memberi petanda tentang fokus mereka dengan penekanan terhadap penambahbaikan yang menyeluruh pada cip tersebut melalui beberapa petunjuk dalam video promosi.
Selain itu, Samsung sebelum ini turut mengesahkan bahawa Exynos 2600 akan menjadi cip pemproses berkelas pemproses mercu yang dibangunkan menggunakan teknologi 2nm Gate-All-Around (GAA) oleh Samsung Foundry.
Cip ini dijangka membuat kemunculan sulung bersama siri Galaxy S26 walaupun tidak semua negara akan menggunakannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






