Malaysia Oversight

Perodua Tidak Membenarkan Penggunaan Bateri Untuk Seru-Pandu, Penghantaran Dan Tujuan Komersial

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Perodua Tidak Membenarkan Penggunaan Bateri Untuk Seru-Pandu, Penghantaran Dan Tujuan Komersial


Perodua Tidak Membenarkan Penggunaan Bateri Untuk Seru-Pandu, Penghantaran Dan Tujuan Komersial

December 3, 2025
Automotif

Aman

Perodua sedia menerbitkan dokumen berkaitan sewaan bateri untuk kenderaan elektrik, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara, termasuk menyatakan pengguna tidak boleh menghidupkan kenderaan sekiranya gagal bayar sewa untuk dua bulan. Selain itu, melalui dokumen Perodua, ia turut dinyatakan pengguna tidak boleh menggunakan bateri kenderaan berkenaan untuk tujuan seru-pandu, penghantaran, aktiviti komersil, atau sebarang perkara yang melanggar perundangan.

Perodua QV E 1

Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan kenderaan Perodua QV-E yang menggunakan bateri Perodua ini untuk perkhidmatan seperti , Lalamove, dan lain-lain.

Sebab untuknya tidak dinyatakan. Namun, ia mungkin disebabkan penggunaan untuk aktiviti ini akan memerlukan aktiviti pengecasan berulang dilakukan disebabkan jarak perjalanan lebih tinggi, yang mungkin memberikan impak kepada kadar kesihatan bateri.

Perodua melalui Perodua QV-E memperkenalkan konsep sewaan bateri, memerlukan pengguna membayar sewa sebanyak RM275 sebulan selama 9 tahun.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link