CPU AMD Ryzen 7 9850X3D Disahkan – Butiran Belum Diketahui
Nazrin
AMD nampaknya akan memperkenalkan sebuah lagi model cip pemprosesan AMD Ryzen 9000 X3D tidak lama lagi, dengan syarikat tersebut sendiri dilihat mengemaskini laman muat-turun perisian pemandu dengan nama model CPU AMD Ryzen 7 9850X3D.
Sayangnya laman sesawang tersebut nampaknya telah ditarik balik oleh AMD, dan butiran untuk CPU ini juga tidak diketahui lagi buat masa ini. Perbandingan terdekat yang boleh dibuat hadir melalui CPU AMD Ryzen 7 9800X3D yang sudahpun dilancarkan sebelum ini.

Cip pemprosesan tersebut dilihat hadir dengan lapan teras dan 16 bebenang kuasa dengan kelajuan asas 4.7GHz dan kelajuan lewahjam 5.2GHz, mempunyai memori cache terbina sebanyak 104MB dengan jumlah penggunaan kuasa 120W.
Jangkaannya ialah mungkin cip pemprosesan ini mempunyai kelajuan asas dan lewahjam yang lebih tinggi dengan memori cache yang lebih banyak juga. Tetapi ini semua hanyalah spekulasi buat masa ini.
Ia juga tidak diketahui lagi bilakah AMD akan memperkenalkan cip pemprosesan ini secara rasmi. Ia mungkin akan diperlihatkan sewaktu acara CES 2026 di Las Vegas pada awal bulan Januari kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






