Honor Magic8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4599
Amy Maizuraa
Honor Magic8 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi, sekali gus menambah satu lagi pilihan peranti mercu baharu yang menarik dengan penawarannya di pasaran. Pada masa yang sama, ia turut dipilih sebagai peranti rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Honor Magic8 Pro hadir dengan skrin 6.71 inci LTPO OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz, 4320Hz PWM, Dolby Vision, HDR Vivid serta kecerahan puncak 6000 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.


Ia turut menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16 dengan penawaran ciri AI yang menarik seperti Google Gemini, AI Button, AI Settings Agent, AI Photo Agents, Magic Portal, AI Subtitles dan banyak lagi. Dari segi bateri, ia dilengkapi kapasiti 7100mAh berasaskan silikon karbon yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W nirwayar.



Sistem kamera pula terdiri daripada 200MP Ultra Night Telephoto Camera (3.7x zum optikal, OIS), 50MP Ultra Night Main Camera (OIS) serta 50MP Ultra-Wide Camera (HD Macro). Ciri AI turut disediakan untuk fotografi lebih menarik termasuk Magic Color, Moving Photo, AI Super Zoom, Motion Sensing Capture, AI Upscale, AI Out painting dan lain-lain. Selain itu, Honor Magic8 Pro hadir dengan ketahanan air IP68/69/69K serta pembesar suara stereo terbina.


Honor Magic8 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4,599 bagi varian 12GB RAM + 512GB storan serta RM5,199 bagi 16GB RAM + 1TB storan. Bagi yang berminat, pratempah boleh dibuat sehingga 4 Disember 2025 dengan setiap pembelian disertakan hadiah eksklusif berupa kamera aksi Insta360 Ace Pro secara percuma dan rebat segera sebanyak RM300.


Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






