Malaysia Oversight

Sarawak Jadi Tuan Rumah Borneo Animation & Games Festival (BAGF) 2026

By Amanz in November 27, 2025 – Reading time 2 minute
Sarawak Jadi Tuan Rumah Borneo Animation & Games Festival (BAGF) 2026


Sarawak Jadi Tuan Rumah Borneo Animation & Games Festival (BAGF) 2026

November 27, 2025
e-Permainan

Amy Maizuraa

Sarawak bakal menjadi tuan rumah kepada festival animasi dan permainan digital bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia iaitu Borneo Animation & Games Festival (BAGF) 2026.

SARAWAK Festival Borneo Animation Games Festival 01

Festival yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026 ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kementerian Digital Persekutuan dan Negeri Sarawak. Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menyelaraskan persiapan. Jawatankuasa tersebut akan menghimpunkan wakil negeri serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Gobind Singh

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memberikan persetujuan untuk pembentukan jawatankuasa tersebut. Beliau menegaskan bahawa dengan mandat Premier, jawatankuasa berkenaan akan merangka cadangan terperinci sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada suku pertama tahun hadapan.

Gobind turut menegaskan bahawa penganjuran festival ini selari dengan agenda nasional seperti AI Nation 2030 sekali gus menuntut kerjasama rapat antara persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Abang Johari turut memberikan persetujuan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal yang akan merangka pelan hala tuju, model pelaksanaan serta kerjasama jangka panjang bagi memastikan kejayaan festival tersebut.

GobindSinghDeo

BAGF 2026 dijangka berlangsung selama 5 hari dan menghimpunkan sekitar 300 wakil industri, dengan 40 peratus peserta terdiri daripada pihak antarabangsa. Lebih 200 pempamer dari Malaysia dan luar negara akan turut serta, termasuk syarikat gergasi global seperti Disney, DreamWorks, Netflix, Sony Pictures Animation, Konami dan Nintendo.

Selain pameran, festival ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri melalui sesi padanan perniagaan, jaringan profesional serta platform pembentangan ringkas yang bertujuan membuka peluang komersial kepada bakat tempatan.

Borneo Post Online

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link