Malaysia Oversight

Apple Sedang Membangunkan iPad Mini Dengan Sokongan Kalis Air

By Amanz in November 27, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Sedang Membangunkan iPad Mini Dengan Sokongan Kalis Air


Sedang Membangunkan iPad Mini Dengan Sokongan Kalis Air

November 27, 2025

Aman

mempunyai sejumlah penawaran tablet menarik dibawah mereka, dibawah siri iPad. Hampir setiap tahun, Apple akan membawakan beberapa pembaharuan pada penawaran tablet mereka, selain daripada kemaskini spesifikasi dan prestasi.

iPad Mini 2024

Terbaru, ia dilaporkan Apple sedang menguji beberapa model iPad baharu untuk masa akan datang, termasuk salah satunya adalah iPad Mini dengan sokongan kalis air. Untuk menjayakan perkara ini, Apple bereksperimen dengan rekaan kerangka yang dikemaskini membolehkan ia kedap dan tidak membenarkan air masuk.

Selain itu, Apple juga sedang melihat kepada penggunaan sistem speaker baharu yang boleh menghalang daripada air memasukinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah iPad Mini dengan sokongan kalis air ini akan diperkenalkan. Kali terakhir Apple mengemaskini iPad Mini adalah pada tahun lepas, 2024.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link