Sasbadi Ingin Membangunkan Model Kecerdasan Buatan Khusus Dengan Fokus Pendidikan
May 26, 2025
•
Aman
Sasbadi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena penerbitan buku di Malaysia. Pada tahun ini, Sasbadi telah memetari perjanjian dengan Agmo Holdings Berhad dalam membentuk sebuah syarikat usahasama baharu, dengan memfokuskan kepada pembangunan model kecerdasan buatan.

Dibawah perjanjian ini, Sasbadi akan mempunyai pegangan sebanyak 55% pada syarikat usahasama baharu, dan AGMO akan membangunkan model bahasa raya memfokuskan pendidikan di Malaysia. Model ini akan dibangunkan berasaskan DeepSeek yang sedia ditawarkan secara sumber terbuka.
Dalam usaha untuk melatih model ini, Sasbadi akan menawarkan sejumlah kandungan dan aset pendidikan dibawah mereka. Model ini juga disasarkan untuk selari dengan kurikulum sekolah Malaysia.
Buat masa ini, ia belum diberikan latar masa lagi berkenaan pengenalan model bahasa raya yang dibangunkan bersama oleh Sasbadi ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.