Realme Buds Clip Akan Mempunyai Rekaan Seakan Huawei Free Clip
Amy Maizuraa
Realme bakal memperkenalkan fon telinga nirwayar baharu Realme Buds Clip yang dilihat mengambil inspirasi daripada Huawei Free Clip. Rekaan ini membolehkan pengguna meletakkannya di telinga seakan memakai sepasang subang sekali gus memberi sentuhan unik berbanding fon telinga biasa.

Fon telinga ini dipadankan dengan pod pengecas bujur yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Selain itu, penutup pod pengecas turut dilengkapi lampu LED bulat yang dipercayai berfungsi untuk memaparkan tahap bateri serta sambungan bluetooth. Penjenamaan Realme turut melengkapkan kemasan keseluruhan untuk menjadikan rekaannya lebih kemas.
Realme Buds Clip juga ringan dengan berat hanya 5.3g dan menggunakan C-shaped bridge daripada bahan aloi titanium untuk keselesaan berpanjangan. Meskipun butiran spesifikasi penuh masih belum didedahkan, Realme mengesahkan bahawa fon telinga akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November 2025 seiring dengan pelancaran realme GT 8 Pro.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






