Malaysia Oversight

Veo 3 Kini Boleh Diakses Di Malaysia dan Dibuka Kepada Pelanggan Google AI Pro

By Amanz in May 26, 2025 – Reading time 1 minute


Veo 3 Kini Boleh Diakses Di Malaysia dan Dibuka Kepada Pelanggan Google AI Pro

May 26, 2025

Effi Saharudin

Minggu lalu model kecerdasan buatan (AI) generatif baharu Veo 3 telah dilancarkan dengan ia boleh menjana video lengkap dengan audio yang sepadan. Di Google I/O ciri ini hanya diberikan kepada pelanggan Google AI Ultra dan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat. Pagi ini Veo 3 boleh diakses pengguna menerusi Google Gemini dan Google Flow di Malaysia.

Ciri menjadi video menggunakan Veo 3 pada saat ini hanya boleh dilakukan menerusi laman web. Google juga membuka akses kepada pelanggan Google AI Pro dengan had 10 janaan boleh dilakukan setiap bulan. Pelanggan AI Ultra boleh melakukan janaan tanpa had menggunakan Gemini dan 125 janaan sebulan menggunakan Flow.

DI Malaysia langganan Al Ultra hanya ialah pada harga RM1229.90 sebulan dan AI Pro pula pada harga RM97.70 sebulan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link