Malaysia Oversight

WhatsApp Akan Menyokong Mesej Daripada Aplikasi Pihak Ketiga

By Amanz in November 16, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp Akan Menyokong Mesej Daripada Aplikasi Pihak Ketiga


WhatsApp Akan Menyokong Mesej Daripada Aplikasi Pihak Ketiga

November 16, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Di bawah RUU Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, pembangun aplikasi diminta membuka ekosistem mereka kepada aplikasi pihak ketiga. Antara yang ingin dilakukan ialah fungsi chat dalam satu aplikasi boleh dibaca oleh pengguna aplikasi lain tanpa aplikasi pertama dipasang.

Apple iMessage WhatsApp Logo

Hari ini Meta mengumumkan dalam masa beberap bulan lagi, WhatsApp akan mula menyokong penghantaran dan membaca mesej daripada aplikasi pihak ketiga. Dua aplikasi pihak ketiga yang aka disokong ialah BirdyChat dan Haiket. Mereka boleh berkongsi mesej, mesej audio, gambar, video dan fail merentasi ketiga-tiga platform.

Kelak apabila menerima persetujuan dengan pihak ketiga, sokongan perbualan dalam kumpulan turut akan disokong. Pada ketika ini Meta mengatakan ciri ini akan hanya diberikan kepada pengguna di Eropah sahaja.

Selain sokongan menghantar mesej mesej rentas platform, DMA juga sudah meminta membuka sistem tambatan AirPods, Watch dan AirDrop kepada pihak ketiga tahun lalu. menolak permintaan ini kerana mengatakan ia boleh mendatangkan risiko sekuriti kepada pengguna peranti mereka,

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link