Malaysia Oversight

Peranti AI Jony Ive dan Sam Altman Mungkin Tiba 2027 Dengan Rekaan Seakan iPod Shuffle

By Amanz in May 23, 2025 – Reading time 1 minute
Peranti AI Jony Ive dan Sam Altman Mungkin Tiba  2027 Dengan Rekaan Seakan iPod Shuffle


Peranti AI Jony Ive dan Sam Altman Mungkin Tiba 2027 Dengan Rekaan Seakan iPod Shuffle

May 23, 2025

Effi Saharudin

Semalam OpenAI mengumumkan ia akan mengambil alih firma peranti kecerdasan buatan io milik Sir Jony Ive. Ini dilihat sebagai satu lagi petanda OpenAI bersedia melancarkan perkakasan pertama mereka yang akan menggantikan telefon pintar seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo hari ini mengatakan peranti AI ini akan tiba sewal 2027.

Apple iPod All Semua005 Sample

Beliau mengatakan dari segi saiz ia lebih besar daripada Humane AI Pin tetapi dengan rekaan elegan serta kompak seperti iPod Shuffle. Sungguhpun begitu rekaan akhir mungkin berubah sebelum pengeluaran dimulakan dua tahun lagi. Menurut Kuo lagi peranti ini hanya dilengkapi kamera dan mikrofon.

Ia kemudiannya boleh disambungkan kepada telefon pintar dan komputer pemilik bagi menggunakan kuasa memproses serta skrin apabila diperlukan. Pemilik boleh menggantungkannya di leher seperti beberapa peranti AI lain di pasaran.

OpenAI nampaknya melihat terdapat pasaran untuk perkakasan fizikal AI di masa hadapan walaupun peranti keluaran Humane dan Rabbit sebelum ini kedua-duanya gagal mendapat sambutan. Arah yang diambil OpenAI juga berbeza dengan Samsung, Google, dan Meta yang merasakan peranti AI ialah dalam bentuk cermin mata pintar.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link