Malaysia Oversight

Apple TV Tawar Penstriman Major League Soccer Tanpa Langganan Season Pass Bermula 2026

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Apple TV Tawar Penstriman Major League Soccer Tanpa Langganan Season Pass Bermula 2026


TV Tawar Penstriman Major League Soccer Tanpa Langganan Season Pass Bermula 2026

November 14, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Kesemua perlawanan bola sepak Major League Soccer (MLS) boleh ditonton pelanggan TV tanpa perlu melakukan langganan MLS Season Pass bermula 2026. Menurut Apple selepas ini semua perlawanan liga MLS, Piala League, MLS All-Star Game, Piala Campeones. perlawanan Piala Audi MLS dan banyak lagi akan disertakan sekali menerusi langganan Apple TV yang dahulunya menggunakan nama Apple TV+.

Apple TV MLS Bola Sepak

Langganan MLS Season Pass tidak lagi akan ditawarkan selepas tamatnya musim 2025. Penawaran Apple TV kini mirip Prime Video yang menawarkan permainan liga bola keranjang NBA juga kepada pelanggan mereka di beberapa pasaran dunia. Menurut Apple, perlawanan MLS boleh dinikmati pelanggan Apple TV di lebih 100 negara bermula musim depan.

Apple TV kini mula berjinak-jinak dengan penstriman secara langsung selepas pada awalnya hanya ingin menawarkan kandungan yang diterbitkan sendiri sahaja. Beberapa bulan lalu Apple TV menjadi penyiar rasmi sukan Formula 1 di Amerika Syarikat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link