China Gesa Amerika Menghentikan Diskriminasi Mengharamkan Penggunaan Cip AI Keluaran Mereka Oleh Negara Lain
May 20, 2025
•
Effi Saharudin
Halangan membeli cip kecerdasan buatan (AI) era Presiden Biden telah ditamatkan serta merta minggu lalu sekaligus membebaskan Malaysia daripada dibelenggu kuota yang ditetapkan. Tetapi dalam minggu yang sama, Jabatan Perdagangan Amerika mengeluarkan amaran kepada semua negara dunia supaya tidak menggunakan cip AI keluaran China.

China semalam Amerika Syarikat untuk “segera membetulkan kesalahannya” dan menghentikan langkah “diskriminasi” yang dikeluarkan ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan Amerika, penggunaan cip seperti Huawei Ascend 910C akan melanggar kawalan eksport teknologi yang dikenakan mereka. Walaupun cip dikeluarkan oleh Huawei di China, teknologi milik Amerika Syarikat dipercayai digunakan tanpa kebenaran. Oleh sebab itu pengguna cip ini boleh menyebabkan syarikat dikenakan hukuman penalti oleh Amerika Syarikat.
Gesaan yang dikeluarkan China tiba pada hari yang sama Malaysia mengumumkan Infrastruktur Kecerdasan Buatan Strategik yang menggunakan cip AI Huawei. Ia adalah kali pertama pelayar AI Huawei dan model bahasa raya DeepSeek digunakan di luar China selepa sekatan teknologi dikenakan. Masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pentadbiran Trump sama ada Malaysia akan dikenakan penalti kerana melanggar amaran yang diberikan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.