Malaysia Oversight

Taman Tema Beast Land Dibuka Di Arab Saudi

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Taman Tema Beast Land Dibuka Di Arab Saudi


Taman Tema Beast Land Dibuka Di Arab Saudi

November 7, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Selepas berjaya mendomimasi YouTube dan melancarkan rancangan TV di Prime Video, MrBeast kini terjun tiruk ke dalam arena taman tema pula. Beast Land akan dibuka minggu depan di Riyadh, Arab Saudi dengan ia akan menawarkan tarikan menarik serta pelawat boleh menyertai pelbagai aktiviti untuk memenangi hadiah yang lumayan.

Beast Land MrBeast A

Beast Land terdiri daripada dua zon utama dengan Beast Land menawarkan dunia bertemakan MrBeast dilengkapi tarikan yang boleh dinaiki, ruang jualan produk MrBeast dan restoran. Zon kedua ialah Beasy Zone dengan ia mempunyai pelbagai aktiviti seakan rancangan TV Beast Games.

Beast Land MrBeast B

Pelawat boleh menguji keupayaan mereka untuk memenangi pelbagai hadiah menarik serta lumayan dengan melakukan cabaran seperti dalam siri Beast Games dan kandung YouTube yang diterbitkan beliau.

Taman Tema ini akan dibuka pada 13 November sehingga 27 Disember 2025 sahaja. Lokasi Riyadh dipilih kerana ia adalah kerjasama MrBeast dengan Riyadh Season untuk menjadikan Arab Saudi destinasi pelancongan utama dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link