Malaysia Oversight

Pemandu e-hailing perjalanan lebih 5,000 km layak dapat tambahan 500 liter BUDI95

By Utusan in November 4, 2025 – Reading time 2 minute
Pemandu e-hailing perjalanan lebih 5,000 km layak dapat tambahan 500 liter BUDI95


: memperkenalkan skim kelayakan berperingkat Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang akan diaktifkan pada pertengahan setiap bulan.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berhubung penambahbaikan penyaluran BUDI95 bagi pemandu e-hailing dan teksi lapangan terbang dalam usaha memastikan pelaksanaan subsidi bersasar lebih saksama dan terangkum demi memelihara mata pencarian kumpulan itu.

.Menurut Kementerian Kewangan, tahap peningkatan siling kelayakan bulanan BUDI95 bergantung kepada jarak perjalanan e-hailing yang direkodkan dalam sistem syarikat pengendali e-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya.

Bagi perjalanan kurang daripada 2,000 kilometer (km),  tiada tambahan kelayakan BUDI95 dan menerima kelayakan asas 300 liter sebulan.

“Had kelayakan BUDI95 ditambah 300 liter menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter bagi perjalanan jarak 2,000-5,000 km.

“Manakala tambahan 500 liter (keseluruhan 800 liter) bagi perjalanan melebihi 5,000 km,” katanya hari ini.

MOF berkata, dalam hal ini, jarak perjalanan seseorang pemandu e-hailing akan dikira berdasarkan jumlah data jarak yang direkodkan oleh semua EHO.

Katanya, urusan ini akan dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

“EHO bertanggungjawab mengemukakan rekod perjalanan bulanan pemandu e-hailing secara tepat, sahih dan lengkap kepada APAD serta LPKP Sabah dan Sarawak pada setiap awal bulan.

“Nilai ambang jarak perjalanan baharu ini ditetapkan berdasarkan kajian MoF terhadap data jarak perjalanan e-hailing yang dikemukakan oleh EHO serta data penggunaan BUDI95 sebenar oleh pemandu e-hailing pada September 2025,” katanya.

Dalam pada itu, MOF menjelaskan, penurunan nilai ambang kelayakan asal dari 3,000 km ke 2,000 km serta pengenalan peringkat baharu melebihi 5,000 km dibuat setelah mengambil kira pergerakan tanpa penumpang yang tidak direkodkan dalam aplikasi EHO.

Katanya, langkah ini memastikan jumlah kelayakan BUDI95 bagi setiap peringkat adalah mencukupi untuk menampung jarak perjalanan harian untuk kebanyakan pemandu e-hailing.

akan terus memantau pelaksanaan dan penggunaan pemandu e-hailing bagi memastikan mekanisme yang terbaik bagi semua pihak dalam jangka masa Panjang,” katanya.

Sementara itu, kata MOF, syarikat pengendali teksi lapangan terbang kini boleh memohon fleet card di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)SKPS kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Katanya, ia selaras dengan pelaksanaan sedia ada bagi kategori teksi dan kereta sewa yang layak menerima sehingga 800 liter RON95 bersubsidi setiap bulan.

Namun demikian, jelasnya, limousin yang beroperasi di lapangan terbang dan tidak dikawal selia kadar tambangnya oleh APAD tidak layak untuk memohon fleet card di bawah SKPS. – UTUSAN

 





Source link