Kemaskini iOS 26.1, iPadOS 26.1 dan macOS Tahoe 26.1 Dilancarkan Dengan Kawalan Ketelusan Liquid Glass
Effi Saharudin
Kemas kini iOS 26.1, iPadOS 261. dan macOS Tahoe 26.1 boleh dimuat turun pagi ini dengan ia membawakan pelbagai ciri baharu dan juga tampalan sekuriti untuk peranti. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, aplikasi versi 26.1 membawakan ciri kawalan tahap ketelusan cahaya Liquid Glass.

Dua pilihan diberikan dengan Clear dengan tahap tembus cahaya tinggi dan satu lagi pula ialah Tinted yang menjadikan latar lebih gelap. Antara isu dengan Liquid Glass ialah antaramuka seakan kaca membuatkan sesetengah elemen sukar dilihat seperti notifkasi pada skrin kunci misalnya.
Cir-ciri lain yang diberikan ialah Live Translation with AirPods kini menyokong Bahasa Cina, Jepun, Korea dan Itali. Apple Music MiniPlayer menyokong tatalan untuk mendengar muzik seterusnya, audio Facetime ditambah baik dalam situasi rangkaian kurang memuaskan dan banyak lagi. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA dengan iOS 26.1 adalah bersaiz 8.39 GB.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






