Baidu Kini Menyaksikan Lebih 250,000 Tempahan Robo-Teksi Seminggu
Aman
Beberapa bandar di dunia telah mula menggunakan robo-teksi, iaitu kenderaan yang dipandu secara automatik ke destinasi pengguna berasaskan tempahan pada aplikasi. Dengan langkah ini, perkhidmatan boleh berjalan sepanjang masa, dan tidak bergantung kepada pemandu manusia.

Di China, salah satu syarikat yang menerajui arena ini adalah Baidu melalui perkhidmatan Apollo Go. Terbaru, Baidu mengumumkan pada 31 Oktober 2025, mereka telah mencapai angka tempahan mingguan untuk robo-teksi mencapai 250,000 tempahan. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan penggunaan robo-teksi dan keterbukaan pengguna dalam menggunakannya.
Baidu buat masa ini beroperasi di beberapa bandar sahaja di China, dan turut merancang untuk menawarkan perkhidmatan di negara lain.
Selain Baidu, syarikat yang turut menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama adalah Waymo, anak syarikat Google – yang mana beroperasi di Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






