Malaysia Oversight

Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna


Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna

November 3, 2025
Web 2.0

Amy Maizuraa

Roblox berjanji akan meningkatkan tahap keselamatan pengguna melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia. Syarikat itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Malaysia khususnya dalam aspek perkongsian data dan pematuhan peraturan yang ditetapkan.

Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna 01

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi satu kemas kini di Facebook. Dalam kenyataan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak yang menggunakan platform permainan dalam talian seperti Roblox. Hannah menegaskan bahawa dunia digital bukan sahaja perlu menyeronokkan malah harus berperanan membentuk watak dan nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna 02

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan permua terhadap tingkah laku dan emosi kanak-kanak khususnya apabila tidak dipantau sebaiknya oleh ibu bapa atau penjaga. Menurutnya, pemantauan yang berterusan amat penting bagi memastikan pengalaman digital anak-anak sentiasa selamat.

Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna 03

Kebimbangan itu turut dikaitkan dengan insiden tragis melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dikelar oleh abangnya yang berusia sembilan tahun. Menurut polis, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada rasa kecewa si abang apabila permainan Roblox dimainkannya terganggu sehingga menyebabkan dia kehilangan semua mata yang telah dikumpulkan.

Dengan jangkauan melebihi 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih sejuta di Malaysia, Roblox memikul tanggungjawab besar untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara dan tidak boleh dipandang ringan.

Hannah Yeoh

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link