Malaysia Oversight

Realme GT8 Pro Turut Hadir Dengan Rekaan Eksklusif Aston Martin Formula 1 

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Realme GT8 Pro Turut Hadir Dengan Rekaan Eksklusif Aston Martin Formula 1 


Realme GT8 Pro Turut Hadir Dengan Rekaan Eksklusif Aston Martin Formula 1 

November 3, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme meneruskan kerjasama dengan pasukan Aston Martin Aramco Formula 1 melalui model baharu GT8 Pro. Ia merupakan kesinambungan daripada Realme GT7 Pro yang dilancarkan tahun lalu sekali gus menjadikannya unik dalam kelasnya. Warna hijau ikonik pasukan itu kekal sebagai warna rasmi dan digabungkan dengan rekaan modular yang menjadikan peranti ini tampil lebih berbeza.

realme GT 8 Pro aramco 003
realme GT 8 Pro aramco 002

Reka bentuk luaran menyerupai Realme GT 7 Dream Edition namun kali ini hadir dengan penjenamaan Aramco yang lebih menyerlah di belakang. Bonggol kamera yang boleh ditanggalkan turut ditawarkan dalam beberapa pilihan bentuk berwarna hijau. Realme juga menggunakan slogan ‘Own the line, Own the lead’ dalam mempromosikan model ini.

Realme GT8 Pro disahkan memasuki pasaran global bulan ini namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link