Huawei FreeBuds 7i Dijual Di Malaysia Pada Harga RM329
Amy Maizuraa
Huawei FreeBuds 7i kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM329 dengan pilihan warna menarik seperti Pink, Black dan White. Setiap pembelian turut disertakan dengan perlindungan 1 Year Loss Care bernilai RM59 menjadikannya lebih berbaloi untuk pengguna yang mementingkan jaminan tambahan.

Huawei FreeBuds 7i dilengkapi dengan pemandu audio 11mm yang menyokong julat frekuensi sehingga 40kHz. Ia hadir dengan teknologi Intelligent Dynamic ANC 4.0 serta mod tambahan seperti Dynamic EQ, Awareness mode, Voice mode dan pembatalan bunyi panggilan.
Fon telinga ini turut menyokong kawalan sentuhan seperti double-tap untuk main atau jeda audio serta menjawab atau menamatkan panggilan, triple-tap untuk menukar lagu, swipe untuk melaras kelantangan, dan touch-and-hold untuk menukar mod bunyi atau menolak panggilan.

Huawei FreeBuds 7i menyokong tambatan pantas melalui Bluetooth 5.4 termasuk ciri Pop-Up Pair dan sambungan serentak dengan dua peranti. Ia juga memiliki ketahanan IP54 untuk perlindungan daripada air dan habuk. Dengan bateri 510mAh, fon telinga ini mampu bertahan sehingga 35 jam dengan bantuan pod pengecas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






