Malaysia Oversight

Pratempahan Siri Huawei Nova 14 Dibuka Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1299

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 2 minute
Pratempahan Siri Huawei Nova 14 Dibuka Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1299


Huawei dilihat mula membuka pratempahan untuk telefon baharu siri Nova 14 di Malaysia. Tiga model ditawarkan iaitu Huawei Nova 14 pada harga RM1799, Nova 14 Pro berharga RM2399 dan Nova 14i pula dijual pada RM1299. Bagi yang berminat, pratempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Huawei atau pengedar sah di seluruh Malaysia.

HUAWEI Nova 14 Pro MY 1
Huawei Nova 14 Pro

Huawei Nova 14 Pro hadir dengan skrin OLED 6.78 inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan cip Kirin 8020, bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Peranti ini menjalankan EMUI 15 dengan sokongan ciri AI untuk kemudahan harian.

Kamera belakang terdiri daripada 50MP utama dengan aperture boleh ubah (F1.4-F4.0), 12MP telefoto potret dan 8MP ultra-lebar makro. Kamera hadapan pula menggabungkan 50MP dan 8MP untuk swafoto yang jelas.

Nova 14 Pro turut dilengkapi bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge Turbo.

HUAWEI Nova 14 MY 2
Huawei Nova 14

Huawei Nova 14 dilengkapi dengan skrin OLED sebesar 6.7 inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan cip Kirin 8000, bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Peranti juga menjalankan EMUI 14.2 dan hadir dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Untuk kamera, ia menawarkan tiga kamera belakang iaitu 50MP utama, 12MP telefoto potret dengan zum optikal 3x dan 8MP ultra-lebar makro. Kamera hadapan pula beresolusi 50MP untuk swafoto yang jelas.

Huawei Nova 14i 09 MY
Huawei Nova 14i

Akhir sekali, Huawei Nova 14i hadir dengan skrin LCD 6.95 inci FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia menggunakan cip Snapdragon 680 bersama memori 8GB RAM dan storan 256GB. Kamera belakang terdiri daripada 50MP utama dan 2MP kedalaman manakala kamera hadapan pula beresolusi 8MP. Peranti ini turut dilengkapi bateri besar 7000mAh untuk penggunaan lebih lama.



Source link