Malaysia Oversight

Studio Ghibli, Square Enix dan Shueisha Pula Meminta OpenAI Sora Tidak Melanggar Harta Intelek

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Studio Ghibli, Square Enix dan Shueisha Pula Meminta OpenAI Sora Tidak Melanggar Harta Intelek


Studio Ghibli, Square Enix dan Shueisha Pula Meminta OpenAI Sora Tidak Melanggar Harta Intelek

November 3, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Selepas OpenAI Sora dilancarkan beberapa minggu lalu, media sosial dibanjiri video janaan kecerdasan buatan (AI) yang jelas melanggar hak pemegang harta intelek (IP). Antara yang dihasilkan ialah Mario menjadi pengedar dadah dan Sonic menjadi pencuri. Minggu lalu, Persatuan Pengedaran Kandungan Luar Negara (CODA) yang mewakili 36 syarikat Jepun meminta OpenAI untuk tidak lagi membenarkan Sora menjana video mengandungi IP milik mereka.

melvin chavez uCqpNqdA 5U unsplash

Antara ahli CODA ialah Studio Ghibli, Square Enix, Toei Animation, Kadokawa, Shueisha Inc, dan Bandai. Janaan Sora yang memaparkan IP mereka jelas melanggar undang-undang. Oleh itu surat telahpun dihantar kepada OpenAI untuk memastikan kandungan milik ahli CODA tidak lagi boleh dijana Sora selepas ini. Ini adalah memenuhi arahan OpenAI sendiri yang mengatakan pemilik IP perlu meminta supaya IP mereka tidak dijana.

Dua minggu lalu Jepun telah menghantar permintaan kepada OpenAI supaya tidak melanggar hak cipta milik syarikat-syarikat negara tersebut termasuk anime dan juga manga. Tetapi kerana permintaan tidak dihantar sendiri oleh pemegang IP, permintaan ini tidak diendahkan OpenAI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link