Lazada Kini Meningkatkan Yuran Caj Komisen Kepada Penjual Berkuat-kuasa 1 November
Aman
Lazada kini dilihat telah meningkatkan yuran caj komisen terhadap penjual, berkuat-kuasa 1 November. Dengan peningkatan ini, caj yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Peningkatan oleh pihak Lazada ini hadir selepas Shopee dan TikTok turut meningkatkan caj komisen kepada penjual pada tahun ini.
Dibawah perubahan baharu, untuk penjual biasa di platform Lazada, yuran caj komisen dikenakan sehingga 22.5% berdasarkan kategori jualan, sementara untuk Lazada Mall pula adalah sehingga 21% berdasarkan kategori.


Lazada mengatakan peningkatan ini adalah selari dengan untuk menampung pelbagai penawaran platform tersebut, termasuk penambah-baikkan berasaskan integrasi teknologi AI pada platform jual-beli berkenaan.
Semua barang yang dijual bermula 1 November 2025 ini akan tertakluk kepada caj ini. Lazada akan mengecualikan selama 120 hari untuk penjual baharu pada platfrom Lazada, dalam usaha membantu penjual yang baru menyertai platform berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






