Malaysia Oversight

Mark Zuckerberg Ingin Menambah Lagi Banyak Paparan Kandungan Janaan AI Pada Media Sosial

By Amanz in October 31, 2025 – Reading time 1 minute
Mark Zuckerberg Ingin Menambah Lagi Banyak Paparan Kandungan Janaan AI Pada Media Sosial



Mark Zuckerberg RayBan

Mark Zuckerberg Ingin Menambah Lagi Banyak Paparan Kandungan Janaan AI Pada Media Sosial

October 31, 2025
Meta

Aman

Ketika perkongsian penyata kewangan terbaru, Mark Zuckerberg turut berkongsi beberapa perancangan, dan salah satunya adalah untuk menambah lebih banyak kandungan janaan kecerdasan buatan pada garis masa pengguna.

Mark Zuckerberg mengatakan media sosial telah melalui dua era buat masa ini. Yang pertama adalah untuk mengakses kandungan yang dikongsikan kawan-kawan dan ahli keluarga. Era seterusnya adalah perkongsian kandugan oleh para penerbit kandungan. Dan terkini, melalui penggunaan kecerdasan buatan janaan, ia memulakan era perkongsian kandungan serba baharu.

AI dikatakan memudahkan lagi pengguna untuk menghasilkan dan mangabungkan kandungan sebelum berkongsi kepada pengguna. Meta sendiri telah menawarkan garis masa Vibes melalui Meta AI, membolehkan pengguna menjana video menggunakan AI, dan seterusnya berkongsi di garis masa Meta AI.

Bergerak kehadapan, lebih banyak kandungan janaan kecerdasan buatan dijangka diperlihatkan pada garis masa orang ramai, tidak kira melalui Facebook atau platform Meta lain. Ini juga dilihat memastikan kandungan tanpa putus dihasilkan dan diterbitkan pada media sosial, membolehkan pengguna terus terikat dengan media sosial berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link