Malaysia Oversight

Amerika Syarikat Mungkin Mengharamkan Penggunaan Produk TP-Link Tidak Lama Lagi

By Amanz in October 31, 2025 – Reading time 1 minute
Amerika Syarikat Mungkin Mengharamkan Penggunaan Produk TP-Link Tidak Lama Lagi


Amerika Syarikat Mungkin Mengharamkan Penggunaan Produk TP-Link Tidak Lama Lagi

October 31, 2025
Lain-lain

Nazrin

TP-Link adalah sebuah jenama produk rangkaian yang cukup terkemuka secara global. Di Amerika Syarikat, produk-produk TP-Link dikatakan merangkumi peratusan yang besar daripada produk rangkaian yang digunakan di negara tersebut.

Terkini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa sejumlah badan syarikat sedang dalam proses untuk mengharamkan penggunaan penghala TP-Link di negara tersebut. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa TP-Link mungkin akan dipaksa untuk menghantar butiran rangkaian kepada sekiranya diminta.

TP Link BE900

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, TP-Link Technologies telahpun menghadapi isu yang sama, dan menyebabkan mereka membuka entiti perniagaan baru khusus untuk pasaran Amerika Syarikat.

Malah, seorang jurucakap syarikat mengatakan bahawa TP-Link di Amerika Syarikat tidak ada sebarang kaitan dengan entiti di negara , dan oleh kerana itu, tidak terikat dengan undang-undang yang mewajibkan syarikat memberi butiran pengguna produk mereka ke pihak .

Buat masa ini, pihak kerajaan Amerika Syarikat belum mendedahkan sebarang bukti kukuh tentang keperluan untuk mengharamkan produk tersebut, ataupun bilakah mereka akan melakukannya. Presiden Amerika Syarikat kini sedang di persidangan APEC di Korea Selatan dan dilihat sedang berbincang dengan pihak tentang pelbagai isu perdagangan diantara mereka.

Engadget

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link