DJI Neo 2 dilancarkan dengan adalah kesinambungan kepada dron swafoto Neo asal yang djual tahun lalu. Neo 2 ialah dron bersaiz kecil dengan bahagian kipas mempunyai kekisi pelindung bagi mengelakkan kerosakan jika berlanggar.

DJI Neo ialah dron mini yang hanya seberat 151 gram dan direka untuk dilancarkan daripada telapak tangan. Selain kipas tertutup yang mengelakkan tangan tercedera ia turut mempunyai sistem mengelakkan pelanggaran dengan kamera infra merah serta LiDAR.
Sistem kamera terdiri daripada sensor sebesar 1/2 inci yang merakan gambar pada resolusi 12MP Walaupun sensor lama digunakan semula, ia dipadankan kepada lensa lebih lebar 119.8° dan merakan video pada kadar bingkai lebih tinggi 60 FPS. Kelajuan terbang pula ialah sehingga 12 m/s atau sekitar 43 km/j.

Kerana ia kecil ia boleh dikawal terus menerusi telefon pintar tanpa alat kawalan fizikal biasa. Disamping itu ia masih mempunyai mod mengikut perjalanan pengguna, terbang mengelilingi dan mod vlog. Jika pengguna memiliki DJI Mic, audio boleh dirakam terus dari mikrofon ke klip video Neo secara automatik. Dron boleh terbang selama 19 minit dengan sekali caj, terbang sehingga ketinggian 2000 meter dan dikawal sehingga 7km daripada operator.
Di China, DJI Neo dijual pada harga RMB 1499 (~RM 883) untuk dron sahaja, RMB 1999 (~RM 1788) untuk berkas dengan bateri tambahan, dan RMB 3699 (~RM 2180) untuk berkas bateri tambahan, gogal Goggles N3 dan alat kawalan.






