Malaysia Oversight

Korea Selatan Akan Membina Kapal Selam Berkuasa Nuklear Di Amerika Syarikat

By Amanz in October 31, 2025 – Reading time 2 minute
Korea Selatan Akan Membina Kapal Selam Berkuasa Nuklear Di Amerika Syarikat


Korea Selatan Akan Membina Kapal Selam Berkuasa Nuklear Di Amerika Syarikat

October 31, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Minggu ini melihat Korea Selatan melakukan pelbagai perjanjian dalam arena pertahanan. Bermula dengan perjanjian pembangunan senjata secara bersama dengan Malaysia pada Isnin dan semalam Korea Selatan dibenarkan membina kapal selam berkuasa nuklear mereka sendiri di limbungan yang terletak di Amerika Syarikat.

Presiden melakukan pengumuman ini semalam selepas melakukan pertemuan dengan South President Lee Jae Myung ketika persidangan APEC yang sedang berlangsung di Korea Selatan. Kebenaran diberikan kepada Korea Selatan kerana teknologi Amerika Syarikat akan digunakan dengan limbungan Hanwha Philly Shipyard menjadi lokasi pembinaan.

Australia Attack Class Kapal Selam B
SSN Australia

Hanwha Philly Shipyard dimiliki oleh syarikat dari Korea Selatan yang mengambil alih Philadelphia Shipyard Inc. tahun lalu. Dengan Amerika Syarikat mengekalkan tenaga kerja dan pembinaan senjata di dalam negara.

Pada ketika ini Tentera Laut Republik Korea (ROKN) mempunyai 21 kapal selam berkuasa konvensional (SSK). Kapal selam kuasa nuklear akan memberikan ROKN kemampuan melakukan operasi bawah laut hampir tanpa henti. Kapal selam kelas KSS-III dipercayai akan menjadi asas kepada pembinaan kapal selam nuklear yang mungkin menggunakan nama kelas KSS-N.

Nuclear Submarine Cutaway
KSS-N – gambar oleh Naval News dan Covert Shores

Menteri pertahanan Korea, Ahn Gyu-back dipetik berkata negara mempunyai kemampuan membina kapal selam sendiri dengan reaktor nuklear kecil sementara bahan api nuklear yang diperkaya diperoleh daripada Amerika Syarikat.

Apabila siap kelak, Korea Selatan akan menjadi negara kelapan selepas A.S, UK, Rusia, , India, Perancis dan Australia memiliki kapan selam berkuasa nuklear. Persetujuan AUKUS antara Amerika, UK dan Australia pada tahun 2021 untuk membina kapal selam kuasa nuklear menimbulkan ketegangan dengan .

Pengumuman selama menerima reaksi yang sama dengan Beijing berharap Korea Selatan dan Amerika akan bersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab tidak penyebaran senjata nuklear (NPT) mereka dan melakukan perkara untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau, dan bukan sebaliknya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link