Malaysia Oversight

Proton e.MAS 5 Dijual Bermula Harga RM 59,800 – Diskaun RM3,000 Untuk Pembelian Sehingga Akhir Tahun 2025

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 2 minute
Proton e.MAS 5 Dijual Bermula Harga RM 59,800 – Diskaun RM3,000 Untuk Pembelian Sehingga Akhir Tahun 2025


Proton e.MAS 5 Dijual Bermula Harga RM 59,800 – Diskaun RM3,000 Untuk Pembelian Sehingga Akhir Tahun 2025

October 30, 2025
Automotif

Ikhwan Nazri

Setelah dua bulan Proton e.MAS diumumkan dan telah menelusuri jalanraya menerusi acara jelajah mereka, hari ini Pro-NET telah mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua model Proton e.MAS 5 versi Prime dan juga Premium. Ia akan ditawarkan bermula pada RM 59,800 untuk Prime, dan RM 72,800ik untuk Premium.

Proton eMAS 5 Amanz launch IMG 0343 2

Membezakan kedua-dua kereta elektrik kelas permulaan dari Proton ini adalah kapasiti bateri dan juga beberapa kelengkapan dan ciri yang ada padanya. Versi Prime yang merupakan kelas asas mempunyai bateri 30 kWh yang memberikan jarak perjalanan sejauh 225 KM WLTP manakala versi Premium mempunyai bateri sebesar 40 kWh yang memberikan jarak perjalanan sejauh 325 KM WLTP. Kapasiti bateri yang lebih besar ini membolehkan versi premium memecut dari 0-50 km/j sepantas 3.9 saat. Malah versi Premium turut dilengkapi dengan but yang boleh dibuka secara automatik, fungsi swapandu tahap 2, dan kamera 360 darjah.

Proton eMAS 5 Amanz IMG 0774

Meskipun bateri berbeza, kelajuan pengecasan tetap sama antara keduanya dimana pengecasan pantas DC adalah setinggi 71 kW untuk versi Premium, membolehkan pengecasan 30-80% dalam masa 21 minit, dan pengecasan AC 6.6 kW membolehkan pengecasan penuh selama 5-7 jam bergantung kepada versi yang dipilih. 

Proton e.MAS 5  dijual pada harga RM 59,800 untuk versi Prime, manakala RM 72,800 untuk versi premium. Ia hadir dengan jaminan selama 6 tahun tanpa sebarang had perbatuan, dan jaminan bateri serta komponennya selama 8 tahun atau 160,000 km jarak perbatuan, tertakluk kepada mana satu dahulu. Untuk pembelian sehingga akhir tahun, rebat RM 3,000 turut ditawarkan menjadikan harga promosi untuk versi Prime adalah RM 56,800 manakala RM 69,800 untuk versi Premium.

Proton eMAS 5 Amanz launch IMG 0388 2

Turut sama ditawarkan dengan pakej Power Pack  bernilai RM 8,000 bagi memudahkan pemilikan kereta elektrik ini. Antaranya ialah

  • RM 2,000 untuk pelupusan kenderaan lama bernilai RM 2,000
  • Pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% menerusi Proton Commerce bernilai RM 1,700
  • Pengecas AC 7kW bernilai RM 1,500
  • Pakej data RM 1,800

Dengan pengumuman harga ini boleh dikatakan Proton e.MAS 5 merupakan kereta elektrik pertama mampu milik dengan pelbagai ciri-ciri yang ada padanya, bersesuaian dengan kelasnya. Mungkin kita akan melihat Proton e.MAS 5 meneruskan populariti kereta elektrik di Malaysia dengan kini sudahpun menerima lebih dari 5000 tempahan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link