Shopee Kini Menyediakan Lokar Bungkusan – Stesen Layan Diri Automatik Untuk Ambil Bungkusan
Aman
Shopee kini dilihat telah mula menawarkan satu lagi pemilihan penghantaran barangan, iaitu mengambilnya melalui lokar bungkusan yang tersedia. Lokasi penuh penawarannya masih tidak diketahui, tetapi salah satu lokasi yang mempunyai Shopee Lokar Bungkusan adalah di KL Gateway Mall.
Untuk menggunakannya, pengguna boleh memilih “Pusat Pengambilan Sendiri” ketika melakukan pembelian, dan seterusnya penghantar akan meletakkan barangan di lokar bungkusan tersedia dan menghantar PIN untuk mengaksesnya melalui aplikasi Shopee dan WhatsApp. Pengguna seterusnya perlu mengambil bungkusan dalam tempoh 5 hari, dan sekiranya gagal, pembelian berkenaan akan dibatalkan.

Dengan langkah ini, ia secara tidak langsung membolehkan pengguna lebih menjaga privasi, selain memudahkan pengguna mengakses barangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah berbanding perlu ke Pusat Pengambilan Sendiri yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






