Malaysia Oversight

Peralihan Era Carian – Google AI Mode Kini Mempunyai Lebih 75 Juta Pengguna Aktif Harian

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Peralihan Era Carian – Google AI Mode Kini Mempunyai Lebih 75 Juta Pengguna Aktif Harian


Peralihan Era Carian – Google AI Mode Kini Mempunyai Lebih 75 Juta Pengguna Aktif Harian

October 30, 2025
Google

Aman

Dengan perkembangan arena model kecerdasan buatan janaan, salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai adalah berkenaan dengan sokongan carian yang Google sedia terkenal. Carian Google masih aktif digunakan ramai hari ini dalam mencari sesuatu perkara di web. Tidak setakat carian biasa, Google juga turut telah menambah perkhidmatan carian berasaskan AI pada perkhidmatan carian merka, dinamakan AI Mode.

Google AI Mode Carian
Carian Google AI Mode

Google AI Mode sedia ditawarkan untuk pengguna tempatan, termasuk dalam bahasa Melayu. Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara, dan ia akan menjawab dalam teks tersendiri dan menyertakan pelbagai pautan berkaitan untuk tujuan konteks.

Google mengatakan kini penggunaan AI Mode meningkat dari hari ke hari, dan telah menjadi berganda berbanding pada suku kedua 2025 lepas. Pada hari ini, Google AI Mode mempunyai lebih 75 juta pengguna aktif harian.

Buat masa ini, Google AI Mode ditawarkan dalam tab berasingan dan tidak diaktifkan sebagai antaramuka carian utama. Mungkin sekiranya angka pengguna lebih tinggi, dan ramai selesa dengannya, Google akan mengaktifkannya sebagai antaramuka utama untuk semua pengguna seluruh dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link