Malaysia Oversight

YouTube Gunakan AI Menaikkan Resolusi Video Lama Ke HD dan Antaramuka Mirip Netflix Di TV

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Gunakan AI Menaikkan Resolusi Video Lama Ke HD dan Antaramuka Mirip Netflix Di TV


YouTube Gunakan AI Menaikkan Resolusi Video Lama Ke HD dan Antaramuka Mirip Netflix Di TV

October 30, 2025
Google
Penstriman

Effi Saharudin

YouTube dilancarkan pada 14 Februari 14 2005 dan oleh sebab itu video-video di laman ini mempunyai resolusi yang rendah. Video classic seperti Chocolate Rain, Afro Ninja dan Evolution of Dance hanya mempunyai resolusi 360p yang kelihatan sangat hodoh di kaca TV. YouTube hari ini mengumumkan mereka akan mula menaikkan resolusi video lama ke HD secara berperingkat menggunakan kecerdasan buatan (AI).

YouTube Super Resolution

Video dengan resolusi bawah 1080p akan dinaikkan kualiti terlebih dahulu dengan perancangan kemudian meningkatkannya ke 4K. Video yang dinaik taraf menggunakan AI akan menerima label “Super Resolution” pada menu pilihan resolusi. Pemilik video diberikan pilihan untuk tidak membenarkan YouTube meningkatkan kualiti video mereka. Video asal pada resolusi lebih rendah juga masih boleh ditonton.

YouTube Antarauka TV

Seterusnya dengan penggunaan YouTube semakin meningkat di TV. Antaramuka aplikasi YouTube akan dikemaskini supaya lebih mesra digunakan pada skrin besar. Bahagian atas akan mempunyai video yang bergerak dengan carousel bergerak menunjukkan kandungan lain yang boleh ditonton. Antaramuka YouTube di TV adalah mirip platform penstriman lain khususnya Netflix.

Akhir sekali, saiz fail imej kecil (thumnbnail) untuk video kini ditingkatkan ke 50MB berbanding 2MB sahaja selama ini. Dengan ini imej kecil sehingga 4K yang kelihatan tajam boleh dipaparkan apabila kandungan diakses menggunakan aplikasi TV.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link