Jika anda sedang mencari sebuah papan kekunci untuk meningkatkan kebolehan anda memainkan pelbagai permainan e-sukan seperti League of Legends, Dota 2, Counter Strike 2, Apex Legends, Call of Duty dan sebagainya, Razer baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah papan kekunci baru sesuai untuk anda.

Ia adalah Razer Huntsman V3 Pro 8KHz dan hadir dalam konfigurasi bersaiz penuh dan juga tenkeyless jika anda mahukan sebuah papan kekunci dengan saiz yang lebih padat. Papan kekunci ini menggunakan suis Razer Analog Optical Gen 2, yang mana pengguna boleh mengubahsuai tahap pengaktifan suis menggunakan perisian Razer terbina.

Apabila digabungkan dengan kadar pol 8000Hz, Razer juga menawarkan mod-mod seperti Razer Snap Tap dan Rapid Trigger Mode yang membolehkan pengguna menyesuaikan papan kekunci ini untuk pelbagai jenis permainan e-sukan kegemaran mereka dan menjadikan pengalaman gaming lebih selesa.
Snap Tap merupakan sebuah fungsi yang mana dua suis kekunci terakhir yang digunakan akan diberikan keutamaan dalam fungsi aktuasi. Ini sesuai untuk permainan FPS seperti Apex Legends ataupun Valorant yang mementingkan kebolehan pengguna untuk mengubah arah dengan cepat.

Rapid Trigger Mode pula membolehkan anda untuk menekan satu suis berkali-kali tanpa merosakkan suis. Dengan mod Rapid Trigger, suis optikal akan diset-semula sebagai tidak aktif selepas menyahtekan suis sebanyak 0.1mm. Ini akan membolehkan input suis diaktifkan semula dengan cepat, sesuai dengan permainan-permainan MOBA di pasaran sekarang yang memerlukan pengguna untuk menekan kekunci secepat mungkin.
Untuk pasaran Malaysia, Razer mengatakan bahawa tiga model papan kekunci Razer Huntsman V3 Pro 8KHz ini ditawarkan, termasuklah:
- Razer Huntsman V3 Pro 8KHz – RM1299
- Razer Huntsman V3 Pro 8KHz Tenkeyless – RM1099
- Razer Huntsman V3 Pro 8KHz Tenkeyless White Edition – RM1199






