Malaysia Oversight

Adobe Firefly Custom Models Melatih AI Menggunakan Karya Milik Sendiri Untuk Janaan Imej Beretika

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Adobe Firefly Custom Models Melatih AI Menggunakan Karya Milik Sendiri Untuk Janaan Imej Beretika


Adobe Firefly Custom Models Melatih AI Menggunakan Karya Milik Sendiri Untuk Janaan Imej Beretika

October 28, 2025
Kecerdasan Buatan
Kreatif

Effi Saharudin

Di Amanz saya menghasilkan ratusan imej untuk dijadikan imej hadapan di laman dan juga YouTube. Sejak AI generatif diperkenalkan dengan meluas, saya akui berjinak-jinak dengannya tetapi imej yang dijana langsung tidak sama dengan karya buatan tangan.

Adobe Firefly Custom Models

Di Adobe MAX 2025, Firefly Custom Models diumumkan dengan ia akhirnya membolehkan model AI dilatih dengan karya seni peribadi untuk menjadi imej yang lebih sekata dengan karya yang dibuat sendiri. Pengguna hanya perlu memuat naik imej ke Firelfy untuk memulakan latihan model sendiri. Model yang dilatih hanya boleh digunakan oleh pemilik karya dan tidak akan dikongsi dengan pengguna lain.

Tiada kos tambahan dikenakan. Imej yang dijana masih memerlukan kredit Firefly dengan kuota bulanan yang diberikan dengan setiap langganan Creative Cloud. Ia akan ditetapkan semula di awal bulan atau kredit tambahan boleh dibeli.

Firefly Custom Models masih di peringkat Beta dengan ia memerlukan jemputan untuk digunakan. Mereka yang berminat boleh meletakkan nama untuk memasuki senarai menunggu hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link