ChatGPT Go Ditawarkan Percuma Selama Setahun Di India
Effi Saharudin
ChatGPT Go mula ditawarkan OpenAI di India pada Ogios lalu dengan ia memberikan akses kepada model GPT-5, memori lebih besar, konteks lebih panjang berbanding pengguna percuma, ChatGPT Projects dan banyak lagi. Tetapi bermula 4 November depan, pengguna di India boleh menggunakan ChatGPT Go percuma selama setahun dengan ia akan ditawarkan untuk tempoh yang terhad.

Sebelum ini ChatGPT Go ditawarkan pada harga Rs 399 (RM19) sebulan di India. Ini sudahpun jauh lebih murah berbanding bayaran RM38.99 sebulan di Malaysia. Tawaran ini dibuka hanya untuk India kerana ia adalah negara dengan penggunan ChatGPT tertinggi selepas Amerika Syarikat. Ia juga negara dengan jumlah pengguna telefon pintar terbesar melebih 700 juta dengan ia berpotensi meningkatkan pendapatan OpenAI jika langganan dilakukan selepas tempoh percuma.,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






