Malaysia Oversight

Konsol Xbox Seterusnya Akan Menggunakan Windows Serta Boleh Mengakses Stor Permainan Steam

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Konsol Xbox Seterusnya Akan Menggunakan Windows Serta Boleh Mengakses Stor Permainan Steam


Konsol Xbox Seterusnya Akan Menggunakan Windows Serta Boleh Mengakses Stor Permainan Steam

October 28, 2025
Microsoft

Effi Saharudin

Adakah masa depan konsol akan berakhir atau langkah seterusnya ialah untuk ia menjadi kotak hibrid yang menyokong pelbagai ekosistem? Menurut laporan Windows Central, inilah masa depan konsol Xbox yang ingin dilakukan oleh Microsoft.

Xbox generasi selepas ini ialah kotak yang dikuasakan cip AMD dengan sistem operasi Windows. Apabila dilancarkan ia masih memberikan antaramuka Xbox yang mirip Xbox Full Screen Experience pada konsol mudah alih ASUS ROG Xbox Ally. Permainan Xbox boleh dimainkan seperti biasa menerusi antaramuka ini.

batch ASUS ROG XBox Ally X 2

Tetapi pemilik kemudiannya boleh juga mengakses stor pihak ketiga seperti Steam dan Epic Games Store untuk memainkan permainan yang dibeli menerusi platform selain Xbox. Microsoft dikatakan sedang giat membangunkan antaramuka yang membolehkan navigasi menggunakan alat kawalan permainan dilakukan dengan lebih selesa dan disambung kepada TV. Ini ialah antara itu utama pengguna ROG Xbox Ally kerana ia masih terasa seperti sebuah komputer Windows yang lebih selesa digunakan dengan papan kekunci serta tetikus.

Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura konsol Xbox tidak akan lagi ditawarkan secara eksklusif oleh Microsoft. Konsol seterusnya akan dikeluarkan oleh pihak ketiga seperti ASUS dengan penjenamaan Xbox. Dengan ini lebih daripada satu pengeluar boleh menghasilkan konsol Xbox. Dengan kata lain ia mirip era Steam Machine atau lebih tepat lagi ekosistem PC sekarang cuma dengan penjenamaan Xbox.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link