Instagram Menambah Ciri Melihat Sejarah Tontonan Reels
October 27, 2025
Aplikasi
Meta
Aman
Akhirnya, salah satu ciri yang dinantikan ramai telah diperkenalkan pada Instagram. Melalui kemaskini baharu, Instagram menambah ciri untuk melihat kembali sejarah tontonan Reels. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda merujuk kembali Reels yang pernah ditonton anda sebelum ini.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu ke profil Instagram anda, seterusnya ke Settings > Your Activity > Watch History.
Pengguna turut boleh melakukan tapisan dan susunan dari yang baru ke lama dengan mudah menggunakannya. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






