Rusia Umum Kejayaan Ujian Peluru Berpandu Krus Berkuasa Nuklear
Effi Saharudin
Rusia mengumumkan kejayaan ujian peluru berpandu krus berkuasa nuklear 9M730 Burevestnik yang turut menerima nama kod NATO SSC-X-9 Skyfall. Skyfall menggunakan kuasa nuklear sebagai pendorong menggantikan bahan api konvensional. Dalam ujian yang dilakukan pada 21 Oktober, Skyfall terbang selama 15 jam sejauh 14,000 kilometer. In bersamaan jarak dari Kuala Lumpur ke Los Angeles.

Ini ialah jarak yang semalam ini hanya boleh dicapai oleh peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Peluru berpandu krus Tomahawk yang digunakan ketika Perang Teluk misalnya hanya boleh terbang sehingga 2400 kilometer. Apabila beroperasi kelak ia boleh dilengkapi kepada peledak konvensional dan juga nuklear.

Kewujudan Skyfall kali pertama disahkan oleh Presiden Putin pada tahun 2018 dengan ia melakukan beberapa ujian yang berakhir dengan kegagalan. Kejayaan yang diumumkan sendiri oleh Presiden Putin dilihat sebagai amaran oleh Rusia mereka masih mempunyai sistem senjata berbahaya yang boleh mengancam negara-negara jiran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






