
ByteDance Dilaporkan Membangunkan Platform Pesaing Untuk Steam
Aman
ByteDance, syarikat induk sebalik TikTok sedia mempunyai beberapa perkhidmatan dibawah mereka, meliputi pelbagai industri. Terbaru, ia dilaporkan ByteDance ingin melancarkan platform pengedaran permainan video seumpama Steam, pada peringkat global.
Perkhidmatan ini dikenali sebagai GameTop buat masa ini, dan dijangka memudahkan lagi penemuan permainan menarik melaluinya. Selain memudahkan penemuan permainan baharu, ia juga dijangka akan menjadi platform untuk mengedar dan menerbitkan permainan dibawah ByteDance.
Langkah penyertaan ByteDance dengan sokongan kewangan yang kukuh, serta kelebihan dalam pemasaran dijangka akan memberikan lebih persaingan sihat kepada Steam, berbanding penawaran Epic Games.
Buat masa ini, pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut dan mengetahui perancangan ByteDance dalam arena permainan apabila platform ini tersedia kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






