Malaysia Oversight

Tony Fernandes Umum Tutup Akaun Media Sosial Meta Kerana Kecewa Dengan Sebaran Berita Palsu Pada Platform Meta

By Amanz in October 25, 2025 – Reading time 1 minute
Tony Fernandes Umum Tutup Akaun Media Sosial Meta Kerana Kecewa Dengan Sebaran Berita Palsu Pada Platform Meta


Tony Fernandes Umum Tutup Akaun Media Sosial Meta Kerana Kecewa Dengan Sebaran Berita Palsu Pada Platform Meta

October 25, 2025
Meta

Aman

Tony Fernandes merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat tempatan, dan terkenal dengan syarikat AirAsia yang menawarkan tambang penerbangan murah. Beliau juga aktif berkongsi melalui platform sosial bawah Meta, termasuk menggunakan Instagram dan Threads.

Namun, kini beliau mengambil langkah drastik dan mengumumkan akan menutup semua akaun media sosial di bawah Meta, termasuk Facebook, Instagram dan Threads.

AirAsia X
Tan Sri Tony Fernandes

Langkah ini diambil kerana beliau kecewa dengan penyebaran berita palsu serta penipuan yang berleluasa di platform Meta, dan pihak Meta sendiri yang kurang atau lambat mengambil tindakan. Gambar Tony Fernandes sendiri kadang-kala digunakan pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan penipuan – termasuk melalui pengiklanan palsu yang dipromosikan pada platform bawah Meta.

Daripada semakan kasar, ia dilihat akaun Threads dan Facebook milik beliau seperti telah dinyah-aktifkan, dan akaun Instagram dijangka akan ditutup tidak lama lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link