Malaysia Oversight

Redmi K90 Pro Max Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Audio  BOSE, Bateri 7560mAh

By Amanz in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
Redmi K90 Pro Max Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Audio  BOSE, Bateri 7560mAh


K90 Pro Max Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Audio  BOSE, Bateri 7560mAh

October 23, 2025
Xiaomi

Aman

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon mercu mereka dibawah jenama , iaitu Redmi K90 Pro Max. Peranti ini diumumkan untuk pasaran , dan hadir dengan sejumlah spesifikasi mercu bersama-sama dengannya.

Redmi K90 Pro Max hadir dengan skrin AMOLED 6.9-inci dengan resolusi 2K, menawarkan kadar segar semula 120Hz, dan kadar kecerahan mencapai 3500-nits. Ia turut menyertakan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Menguasakan peranti ini adalah cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang terbaru, pilihan memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 1TB UFS 4.1.

K90ProMax

Redmi K90 Pro Max menyertakan kamera belakang 50-megapixel yang dipadankan bersama lensa 50MP ultra-lebar dan 50MP telefoto 5x. Ia menyokong rakaman video 8K OIS. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan kamera swafoto 20MP dengan sokongan rakaman video 4K.

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan audio yang ditala oleh Bose, speaker 2.1ch, dan juga sokongan audio Hi-Res. Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 7560mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

Redmi K90 Pro Max

Telefon pintar ini turut hadir dengan persijilan kalis air dan debu IP68, selain turut menyertakan pengimbas cap jari ultrasonik untuk pengesahan.

Buat masa ini, Redmi K90 Pro Max ini hanya dijual di sahaja. Ia mungkin dipasarkan pada peringkat global pada nama berbeza.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link