Malaysia Oversight

Tempahan Untuk Kereta Elektrik Smart #5 Kini Dibuka

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 2 minute
Tempahan Untuk Kereta Elektrik Smart #5 Kini Dibuka


Tempahan Untuk Kereta Elektrik Smart #5 Kini Dibuka

October 22, 2025
Automotif

Ikhwan Nazri

Selepas beberapa bulan dipertontonkan kepada awam dan juga kepada pasaran global, akhirnya Smart Malaysia melalui Pro-Net telah mengumumkan tempahan untuk model kereta elektrik terkini mereka iaitu Smart #5 kini dibuka. Dengan hanya membayar RM 2,000, anda boleh menempah Smart #5 yang nampaknya akan dijual tidak lama lagi. 

smart 5 malaysia IMG 8607

Smart #5 merupakan kereta elektrik dari Smart, dan merupakan penawaran ketiga mereka untuk pasaran tempatan, selepas Smart #1 dan Smart #3. Dari segi rekaan, ia tampak berbeza dengan dua versi yang ditawarkan sebelum ini dengan rekaan berlainan bagaikan ‘berkotak’, dan mungkin kembali kepada ciri-ciri unik yang terdapat pada Smart sebelum ini. Dari segi prestasi, ini juga Smart pertama yang dilengkapi senibina pengecasan 800V, membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa 15 minit meskipun mempunyai bateri sebesar 100 kWh dengan jarak perjalanan melebihi 500km. Untuk versi Brabus pula, ia dapat memecut 0-100 km/j sepantas 3.8 saat, dan mempunyai saiz frunk lebih kecil berbanding versi Premium kerana ia mempunyai pacuan semua roda. 

Jika Smart #1 hadir dalam kelas hatchback dan Smart #3 dalam kelas coupe, Smart #5 jelas sekali ingin mencabar kelas D SUV elektrik lain di pasaran tempatan, seperti Volvo EX90, Tesla Model Y, atau Kia EV9. Terdapat dua versi Smart #5 yang akan ditawarkan di Malaysia, iaitu versi Premium dan Brabus. Bagi anda yang berminat untuk menempahnya, anda juga boleh melakukan tempahan menerusi aplikasi Hello Smart, selain dari mengunjungi pengedar rasmi berdekatan.                                                                                                                             

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link