Malaysia Oversight

Lovable Kini Membolehkan Anda Menjana Laman Edagang Melalui Integrasi Shopify

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 1 minute
Lovable Kini Membolehkan Anda Menjana Laman Edagang Melalui Integrasi Shopify


Lovable Kini Membolehkan Anda Menjana Laman Edagang Melalui Integrasi Shopify

October 22, 2025
Kecerdasan Buatan
Web 2.0

Aman

Lovable hari ini mengumumkan kerjasama integrasi bersama Shopify, sekaligus memudahkan para pengguna dalam menjana laman web edagang dengan mudah berasaskan input teks sahaja.

Lovable Shopify

Bagi yang tidak mengenali akan Lovable, ia merupakan salah satu platform dikuasakan kecerdasan buatan, membolehkan para pengguna menghasilkan laman web atau aplikasi dengan mudah. Pengguna hanya perlu memberikan arahan dalam bentuk teks, dan seterusnya ia akan mula menyusun dan membangunkan web atau aplikasi yang diminta.

Melalui integrasi Shopify, ia melakukan perkara sama, dimana pengguna boleh memberikan arahan untuk menjana laman web edagang untuk menjual produk, dan seterusnya ia akan melakukan rekaan dan bangunkan web berkenaan. Laman edagang berkenaan dibangunkan melalui integrasi Shopify.

Laman web akhir berkenaan akan diterbitkan di Shopify, dan pengguna seterusnya boleh menguruskan ia melalui Shopify terus. Semua janaan dan pendaftaran yang dilakukan menerusi Lovable akan menerima akses Shopify 30 hari secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba janaan laman web Shopify menggunakan Lovable hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link