Malaysia Oversight

YouTube Memperkenalkan Ciri Mengesan Wajah Digunakan Dalam Video Janaan AI

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Memperkenalkan Ciri Mengesan Wajah Digunakan Dalam Video Janaan AI


YouTube Memperkenalkan Ciri Mengesan Wajah Digunakan Dalam Video Janaan AI

October 22, 2025
Google
Penstriman

Effi Saharudin

Aplikasi Sora menunjukkan betapa mudahnya video palsu boleh dijana untuk membuatkan yang palsu. nampak seperti benar. OpenAI telah mengetatkan sistem janaan wajah bagi mengelakkan diri mereka disaman tetapi isu penghasilan video palsu akan menjadi semakin serius dalam masa terdekat. Hari ini YouTube memperkenalkan ciri Likeness Detection yang akan mengesan kandungan janaan kecerdasan buatan (AI) yang mengandungi wajah anda.

YouTube Likeness Detection B

Ia berfungsi sama seperti sistem Content ID tetapi dengan tab untuk mengesan wajah anda. Pengguna perlu memuat naik kad pengenalan diri dan mengambil video pendek wajah dari beberapa sudut. Data ini kemudiannya digunakan untuk mengesan sama ada wajah ada digunakan dalam video janaan AI. Apabila dikesan, anda akan menerima notifkasi sama seperti jika video anda dimuat naik saluran lain menerusi Content ID.

Ciri ini masih di peringkat ujian Beta dan dibuka kepada pengkarya yang terlibat dengan YouTube Partner Program.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link