Malaysia Oversight

Implan Retina Prima Berjaya Mengembalikan Penglihatan Individu Buta

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Implan Retina Prima Berjaya Mengembalikan Penglihatan Individu Buta


Implan Retina Prima Berjaya Mengembalikan Penglihatan Individu Buta

October 21, 2025
Sains

Effi Saharudin

Tahun lalu kami terbitkan laporan implan Prima dipasang pada retina 38 individu di bawah ujian klinikal. Selepas setahun laporan kajian diterbitkan oleh Science Corporation yang membangunkannya dan Prima berjaya mengembalikan penglihatan pada 26 daripada 38 peserta ujian. Daripada 38 peserta asal, hanya 32 kekal menggunakan implan selama setahun dan 26 daripada jumlah ini mengatakan penglihatan mereka menjadi lebih baik bersamaan keberkesanan 80%.

Science Corporation Prima cermin mata

Implan Prime berbentuk empat segi sebesar 2mm diletakkan pada bahagian retina 38 peserta ujian klinikal. Untuk kembali melihat peserta diberikan sepasang cermin mata yang dilengkapi kamera. Isyarat kamera kemudian dihantar kepada permukaan Prima yang dilitupi 378 pixel yang sensitif kepada cahaya infra merah. Prima kemudiannya menghantar isyarat elektrik terus ke otak yang kemudian mengubahkan kepada imej yang boleh difahami manusia.

Science Corporation Prisma Implan Retina

Penglihatan yang dikembalikan adalah dalam bentuk pixel dan hanya dalam mod monokrom. Ia masih belum mengembalikan penglihatan normal tetapi ia masih perkembangan positif untuk membolehkan individu buta untuk kembali melihat seperti dalam siri sains fiksyen Star Trek.

Selain Prima, Neuralink juga telah menerima kebenaran FDA untuk melakukan ujian Implan Blindsight yang dibangunkan oleh mereka. Tidak seperti Prima, Blindsight akan menghantar terus isyarat imej terus ke bahagian otak penerima implan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link